Sunday, January 24, 2016

Tegur lah...

Assalamualaikum....

This time kita post a little bit serious talk...



In life, kalau tak ada yang menegur, kita akan mudah lupa dan mula angkuh dengan ego kita yang tidak ke mana. Malah ada masa nya kealpaan dan ego kita sendiri akan memakan diri kita dan tidak mustahil kita akan kehilangan orang yang kita sayang dan harap kan. Tidak kira lah siapa pun orang tu dan apa tujuan Allah hadir kan seseorang itu dalam hidup kita.

It doesn't matter kita di tegur oleh siapa...orang sekeliling kita, kawan-kawan kita ke, family or even stranger by their quote...their experience. Sometime kita juga akan di tegur oleh Allah. Cara Allah tegur kita ada dalam banyak cara...cara halus or cara kasar.

This time i just want to share my experience when Allah tegur dengan jentikan rasa kesedaran dalam hidup aku. Maybe this thing happened because of silap aku pada family, pada kawan-kawan dan yes...silap aku pada Nya...

This thing happened on 4th Syawal yang lepas when after 17 years aku tak kena asthma attack. It happened the day aku patut dah masuk keja lepas tiga hari beraya...sebab kan raya pun tak ke mana kan...so aku decided untuk keja masa raya ke-4

Wake up early in the morning..memang rasa malas nak pergi keja lagi-lagi bila family kau yang lain semua still cuti.

As usual bangun pagi nak solat subuh dulu sebab on that time pun dah almost 6.30am....bangun pagi tu memang tak ada rasa apa-apa pun...sakit dada ke...susah nak nafas ke or rasa macam tak sihat...

Lepas amik air sembahyang...aku rasa jantung laju...so aku tak ada la pikir apa-apa...lepas rakaat pertama...aku rasa tak larat nak bangun buat rakaat ke-2...jantung makin laju...nafas pun macam dah tersekat-sekat...so aku solat duduk je..

Habis solat aku cuba releks...cuba nafas slow-slow tapi makin lama nafas makin susah nk lepas...aku memang dah tak boleh pikir apa hanya nak panggil mama and abah je time tu...

Benda yang paling dekat time tu adalah handphone aku je...aku message kat Telegram family...
"Angah...rasa susah nak nafas" and on that time aku hanya serah pada Allah bulat-bulat samada family aku baca or tak message tu...

Tak ada apa yang aku boleh buat hanya tahan kesakitan and cuba nafas....hanya air mata je yang mampu mengalir and mengadu kat Allah aku sakit...aku berpaut kaki katil untuk tahan sakit...aku rasa lama sangat bila non of my family respond kat message aku...nak panggil diaorang aku memang dah tak terdaya and waktu aku hanya pikir...MATI...kalau saat tu adalah saat terakhir aku...aku terima dan aku redha...hanya wajah family yang aku terbayang waktu tu.

Syukur adik aku perasan message tu and he the one yang selamat keadaan. Alhamdulillah Allah masih bagi aku peluang untuk hidup.

On 13th Nov 15' aku decided untuk follow abah and mama ke Cameron Highlands untuk release kan kepala aku yang pikir macam-macam hal.

Kami bergerak ke Cameron agak lewat..niat nya nak gerak pukul 1 tengahari tapi di sebab kan abah pun lambat balik dari keja...so we all gerak dalam pukul 2.30 petang...

Perjalanan pada mula nya tak ada masalah but after tol Jalan Duta, all of sudden Abah bawa keta agak laju memandang jalan berbukit.

Aku yang tengah syok makan burger kat seat belakang tetiba nampak asap dari keta Toyota hitam depan kereta Abah dan aku tersandar kebelakang bila Abah tetiba break emergency. Abah cepat-cepat amik lane kiri untuk elak kereta belakang dari hentam belakang kereta kami.

Tak sempat nak tengok kebelakang lihat apa terjadi dengan kereta-kereta lain sebab benda tu terjadi dalam beberapa saat. Hanya nama Allah yang aku sebut. Moment ini sangat sekejap and tidak melibat kan kemalangan nyawa kepada kami namun kesedaran nya pada aku amat terasa.



Aku trauma dan waktu itu terlalu ramai orang yang aku nak minta maaf jika aku ada buat salah. Kita tak akan pernah tahu bila ada kala nya kita pernah buat salah dengan orang sekeliling kita dan dengan orang yang rapat dengan kita.

Ego..semua kerana ego. Bila ada masa kita rasa kita betul, kita akan terus menyalah kan orang lain dengan apa yang terjadi. Angkuh dan bongkak bila ada yang backup kita even secara relevant perkara tersebut tak perlu di perbesar kan dan tak perlu argument pun.

Marah...bila kita rasa marah macam-macam rasa dan judgement yang ada dalam hati dan otak kita. Kita mula nak terasa hati, mula mengeluarkan statement yang at the end makan diri sendiri dan mula merasa menyesal. Especially perempuan dan sebab itu Allah tidak meletak kan talak atas hak perempuan,

Sahabat, memang mereka orang paling rapat dengan kita selain keluarga. Banyak rahsia dan cerita dengan sahabat. Adakala kita perlukan kata-kata hikmat dari mereka untuk kita merasa tenang namun kita juga harus tahu bukan semua kata-kata sahabat kita, kita harus dengar.

Mereka bukan Tuhan untuk kita dengar semua kata-kata mereka. Ada kata-kata mereka yang kita boleh ambil dan hargai tapi selebihnya, balik pada Allah. Mengadu pada Nya dan biar Dia yang tentu kan. Kekal kan sillaturahim biar pun ada yang mula tidak menyukai dan membenci.

Tak salah untuk meminta maaf untuk perkara yang sekecil zarah even orang yang berkenaan sendiri dah lupa kan dan tak ingat pun perkara itu. Biar kata maaf kita tidak mendapat balasan namun ketenangan hati yang kita akan dapat itu sebagai ganjaran.

Demi Allah bila Allah mejentikkan dua peristiwa ini jadi dalam hidup aku, aku mula merasa kan apa yang terjadi dalam hidup aku adakala nya aku mudah lupa. Allah berikan kesenangan dan kebahagiaan itu sebenarnya ujian untuk aku. Sejauh mana aku mampu menjaganya menurut landasan Islam.

InshaaAllah aku akan cuba jaga hubungan aku dengan hamba-hamba Nya selagi aku mampu.

Adios!!

*auto publish*

No comments:

Post a Comment